baru pagi tadik aku ade public speaking kat foyer fsu..mula2 skit je owg datang tengok..tapi bile turn aku je nak gi cakap..banyak la pulak manusia kat foyer tu...atoi..kecut jugak le perut aku melihat banyaaaaaaakkkk mata memandang aku..tapi aku dah cuba yang paling baik..cuma..madam yasmin agak g******..aku dengar ramai dah students yang tak suka dia..tahun lepas..paper siyasah syar3iah..madam tu bagi semua students dia markah failed..cuba bayangkan hanya 2 owg je yang dapat A..aku ade la tanya kat bebudak tu..nape sampai boleh failed.tak hafal ke?tak baca buku ke?diowang cakap semua diowang wat..dah cuba tahap ultraman tujuh dah..tapi failed..maybe sebab tu ramai yang kurang suka madam tu..aku?

aku masih berfikir..diowang cakap kan..dalam kelas dia kan..tak boleh bisik2 sesama kita..nanti dia tengking kate "kamu mengutuk saya la tu!!" ataupun tak boleh senyum kat dia sebab nanti dia kata "ape senyum2?" depa kata...bukan aku kata..

aku cuba tak dengar kata2 manusia kat luar sana..nanti tak maju..tapi kan..lagi aku nak buat tak tahu..lagi madam punya keg******** terserlah..ya Allah..ampuni nasiba ya Allah..
tukar topic pulak..kang madam terbaca fotopages aku ni kang..tak pepasal aku jadi roti canai pulak..huhu..
kat umah aku kan..ada ikan dalam satu akuarium yang besau sangat..jumlah ikan tu aku tak berapa pasti..tapi..yang aku pasti..aku telah memilih salah satu ikan yang paling unik untuk aku namakan dengan nama 'naseeba'

aku amik ikan wane oren n itam (tu pun setelah tension sebab wane pink takde

) naseeba tu baik sangat..pagi tadi waktu aku tengah tumbuk ikan bilis dengan bawang nak buat nasi goreng..dia berenang2 kat tepi cermin akuarium..dia tengok jer aku masak..comel sangat..aku akui..dulu aku tak faham kenapa owg bela ikan?ikan kan untuk kita makan?kenapa nak bagi2 makan pastu kita makan dia?ape perlu dia?asyik hidup kat dalam air jer?tak boleh sentuh..tak boleh belai..macam binatang lain...tapi....sekarang baru aku tau..
-ikan adalah menenangkan (nasib la aku tak terjun berenang sekali dalam akuarium tu..)
-ikan adalah comel dan cantik (sebab tengok diowang menari2 dalam air buat kita nak menari sekali..hahaha..ballet pun jadi la..)
-ikan berperasaan (dia boleh merajuk dan dia juga boleh senyum..tak pecaya? cubalah.. (iklan makanan ikan pulak ni..)
-ikan jugak boleh buang air.. (aku baru jer tahu sebab twin cakap..bila aku perati betul2..ha ah la...ikan boleh buang air walaupun dalam air..)
-ikan jugak manja~

(naseeba yang comel dan baik..setia kat aku..)
tapi dalam akuarium tu jugaklah..ada 2 ekor ikan kaloi yang sama tapi tak serupa..namanya 'lyna dan 'fafa'..lyna besar giler tapi fafa kecit motit..tuan punya akuarium tu cakap..lyna dan fafa dibeli sekali..tapi oleh kerana kena buli..maka si fafa tak cukup makan..lyna yang membolot semuanya..jadi lah mereka sama tak serupa..fafa dengan naseeba selalu main tengah2 batu karang..macam aku dengan twin..selalu sama2 main badminton..tapi lyna suka kacau kami..macam hazlina tu suka kacau kami tengok tv..hahaha..belle selalu marah aku dengan twin sebab dia kate "korang ni dah giler agaknye..tengah2 malam dok bercakap dengan ikan..tak tahan betul aku.."
belle jeleous sebenarnya tu..sebab kami bertiga semua ada ikan masing2..cuma dia jer takde..last2 kami bertiga mesyuarat dan berpakat nak namakan ikan DBKL yang macam ikan keli tu..yang selalu sedut lumut kat dinding akuarium tu dengan panggilan belle..

sampai sekarang dia geram gile sebab kami selalu je panggil ikan hitam tu belle..nasib la ko belle!! wakakakakaka!!!